Setiap tahun inilah..bencana pencemaran yang dihadapi oleh kita rakyat Malaysia terutama sekali di bandar. Tetapi pada hari Ahad dan Isnin lepas, aku merayap ke ladang sawit di Jengka, jerebu tidak ketara..sedap dan lega bila bernafas...lapang lubang hidung
pemandangan ketika menunggu anak di luar pagar sekolah
Musim jerebu ni..tekak buat hal lah pulak, nak makan ikan patin. Suamiku memang maklum..kalau nak ikan tuu..kita akan berangkatlah ke Temerloh jadi ..22 Jun yang lalu, kamipun pergilah ke Temerloh . Terus balik Ke Jengka, aku singgah di Temerloh, beli 3 ekor ikan patin dan 2 ekor ikan talapia, lebih kurang RM 50.00...berbaloooii, sangat ..makan dengan keluarga meriah lagi dengan pelbagai koleksi cerita sensasi...
Inilah resepi kami hari tuu..
ikan patin masak tempoyak , ikan talapia goreng kunyit hidup panas2, koleksi ulam hasil tangan mek...
Rabu lepas, aku menyambut hari jadi yang ke berapa...yek ? ..terharu sangattt, pagi-pagi buka hand bag, terselit sekeping kad dalam sampul berwarna merah jambu dengan ucapan yang berbunyi ...
"Cintaku terkunci mati di dada,
moga cinta kita akan terus bersemadi di jiwa
hingga ke akhir dunia"
Terimakasih buat suamiku...
Malamnya kami meraikannya dengan makan-makan di restoran arab "Dima"..Alhamdulillah, Syukur atas segala nikmat yang diberi
Semalam, suamiku Tiba di rumah hampir pukul 11 malam, katanya raikan keluarga Dari Kelantan pergi makan2. Aku hangin bukan ape..sebab dia x informed aku, tahupun sebab aku yang telepon dulu..entahlah malas.. Nak layan bukan2
Selepas menjengok kakak pada 1 Jun yang lalu, aku membawa semua anak-anakku untuk bercuti di Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Kami melalui Port Dickson -Felda Labu Jonhson -KLIA.
Kami singgah di Masjid KLIA dan terus ke Shah Alam untuk melihat cahaya lampu Selepas melihat keindahan cahaya lampu di ICT Shah Alam dan makan-makan , kami tidur di rumah suamiku di Batu Caves. Keesokan harinya, kami berkelah di Sungai Ulu Yam. Banyak kenanganku sewaktu belajar dahulu di sini. Di sini juga tempat pertama aku mula belajar memancing dan tempat aku kehilangan cincin dan kucing ku yang cerdik "Putih"
Selepas berendam hampir 4 jam, kami bertolak ke Genting Highlands. Kami menggunakan jalan Batang Kali. Di pertengahan jalan aku lihat banyak kenderaan berhenti mengambil air bukit. Akupun tumpang semangkok,Uda..lah yang jadi tukang isi botol, dapatlah 4 botol air minuman yang sejuk dan menyegarkan.
Seterusnya, kami membeli bekalan makanan tengahari di Pekan Batang Kali. Memandangkan semuanya masih kenyang jadi kami bercadang memakannya di Puncak Genting nanti.Sempat juga aku membeli keropok dan pisang goreng.
Tiba di puncak suasana sangat sejuk dan berkabus.Kami mencari suatu sudut yang lapang untuk menjamah makanan tengahari. Selepas makan dan merakam beberapa keping gambar yang menarik, kami terus ke pusat permainan.
Orang/ pengunjung sangat ramai. Selepas bermain beberapa jenis permaianan dan meronda kawasan sekitarnya kami melepak di "Burger King".
Apabila semua dah keletihan, kami turun ke Awana dan singgah di masjid untuk membuat apa-ape yang patut. Alhamdulillah..anak-anakku sangat gembira.