Tuesday, 20 August 2013

hari raya 2013

Tahun ini aku berhari raya dengan mek. Semua adik2ku balik kecuali Ju yang kena bertugas di Lahat Datu.Terpancar wajah kegembiraan di wajah tua ibuku. Mek buat ketupat palas 2 kali. Ramadhan terakhir, kami berbuka dengan ketupat palas cicah air nesen. Selepas Isyak, Mek sambung buat ketupat untuk esoknya. Selain itu, mek juga membuat tapai pulut, nasi dagang dan dodol. Dodol mek memang sedap dan menjadi rebutan jiran tetangga. Kakak mendapat hadiah istimewa dari mek iaitu seutas rantai emas. Terima kasih mek. Pukul 11.00 pagi, hari raya pertama kami bertolak ke Kok Lanas, meraikan bersama mertua. Mi...pun dah tak kuat lagi..tapi masih mampu menyediakan ketupat manis berinti serunding kegemaran anak-anak dan cucu-cucunya. Semoga kehidupan di hari tua ,Mi dan Mek sentiasa sihat dan hidup diulit kebahagiaan. Aminnn.. Inilah gambar keluargaku pada pagi hari raya 2013, masih ada 4 keluarga yang belum sampai