Sunday, 29 September 2013

teh tarik kat ayob bistro

Selepas hantar anak2 ke asrama, aku dan suami lepak2 di kedai mamak,pekena teh tarik dannn roti canai. Busu, lena keletihan, Utih dapat burger sebiji. Ahhh...segar rasanya. Lepas ni..nak urus pakaian sekolah mereka besok. Anak kembarku aakan menduduki PMR pada 3 Oktober..semoga mereka berjaya.Aminnn....

Wednesday, 25 September 2013

Suamiku

Semalam, aku dan suami diminta hadir ke sekolah atas urusan anak kami yang bakal menghadapi PMR pada minggu depan. Aku memaksa suamiku memohon cuti, Alhamdulillah demi anak-anak , dia akur. Pukul 6.30am pagi dia menjadi 'driver' kami dengan rasminya. Aku dan anakku Ngah saling tersenyum.
Ngah" pagi ni..lancar papa hantar gi sekolah"
Utih " kalu hari-hari papa hantar kan besttt"
Busu" papa ambik adik kul 12.00, ibu selalu ambik lambat, adik kena ngaji dulu"

Masing-masing mengambil peluang 'mengipas' papa mereka. Aku hanya diam, papanya hanya senyum.

Mula-mula hantar anak yang sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. Selepas sarapan, kami pergi ke sekolah anak yang akan menghadapi PMR dan selesai lebih kurang pukul 1.30 t/hari. Kemudian bergegas mengambil anak-anak yang sedang menunggu di sekolah. Kami selamat berada di rumah hampir pukul 5.30.
Aku ke dapur menguruskan makan malam. ....Apa cite suamiku? dia muntah...pening...gelap mata... kerana satu hari menguruskan anak-anak dengan bau badan yang masing-masing 'tengik'. Aku dan anak2 selamat makan malam TAPI suamiku tergolek tak boleh bangun...ha...ha...haa

Suami' Ibu uruslah anak-anak, biar papa pergi kerja cari duit...pening...pening..."
Aku " baru tahu ...ingat urus anak-anak yang pelbagai kerenah ni...senang" .
Pagi tadi dia bangun dengan penuh semangat... nak gi kerja di K.L.

Tinggallah aku menguruskan segala-galanya seperti biasa. Adooiii papa...papa


Monday, 23 September 2013

salam perkenalan dari penulis blog


Sebenarnya aku sangat suka menulis. Dulu suka tulis diari, tapi kini bila usia semakin bertambah jika ada masa terluang aku terus mengadap laptop dan melayan perasaan. Sebenarnya gambar ini diambil ketika majlis perkahwinan anak saudaraku di Kuantan pada 2012 yang lepas....Sebenarnya nak kongsi kebahagiaan dapat menulis dalam blog, tak kisahlah ada orang baca atau tidak yang penting aku dapat meluahkan perasaan, jika ada ilmu yang berguna bolehlah pembaca ambil buat iktibar.




Anak-anakku ramai, 6 orang lelaki...jadi boleh bayangkan jika duduk di rumah, rasa macam sendat sangat. Selalunya pada hari minggu atau hari cuti aku lebih suka bawa mereka makan-makan di Shopping Complexs atau pusing-pusing bandar.





Tetapi..jika aku rasa rajin memandu, aku akan membawa anak-anakku ke rumah suamiku di Batu Caves. Selalunya bila ke sini Tempat Perkelahan Ulu Yam yang jadi pilihan untuk kami berendam. Selalunya aku akan membeli nasi dan gulai kawah di Taman Sri Gombak untuk berkelah di sini.


ini adalah anakku Utih yang sangat memilih dalam bab makan. Tengokkk..kemain lagi dia menghirup laksa


Yang ni..pulak Busu... kejap-kejap nasi..adoii nak layan sorang ni...!




Sesekali aku bawakan mereka berkelah di pantai...selalunya di Port Dicksonlah...




Sebenarnya aku puas dapat membesarkan anak-anakku di depan mata. Akulah seorang isteri dan ibu yang berkerjaya , mampu membesarkan anak-anakku tanpa suami di sisi. Alhamdulillah dapat memberikan didikan yang seimbang dunia dan akhirat. Syukur Alhamdulillah

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dan berikanlah aku ketenangan dah kesihatan demi menjaga amanah Mu ini...Aminnnn

Ustaz Syukri

Ketika menghadiri suatu majlis di sekolah anakku terpandang suatu wajah yang amat ku kenali, yang kata-katanya menyerap ke lubuk hati dan selalu ku jadikan azimat....

Alhamdulillah, rupa-rupanya anak beliau dan anakku belajar dalam satu kelas di sekolah yang sama

Keluarga Mertua

Hubungan aku dan keluarga mertua sangat rapat. Ini dirakamkan ketika kami bercuti di Tiara Beach Port Dickson




Ini pula ketika menghadiri suatu majlis perkahwinan kaum kerabat suami di Hotel Flaminggo K.Lumpur

Bersara

Hari ini...perasaan halusku terusik sangat dengan majlis persaraan rakan sekerja. Setelah menabur bakti selama 32 tahun dalam bidang pendidikan, hari ini Cik Lee Siow Hong selamat bersara. Kami warga sekolah sangat terharu.

Tiada lagi kedengaran suara jerit pekik beliau sewaktu kelas Matematik. Selepas majlis didewan selesai, semua murid berbaris untuk bersalam dengan beliau. Tanpa disedari air mataku gugur juga tanpa dipinta..Semoga kau sihat dan dapat berbakti kepada keluarga.

Ya Allah, adakah aku nanti dapat bertahan hingga persaraan?


Siap ber'twist' lagi bersama murid


Tandatangan kehadiran dan pulang untuk kali terakhir

Senyuman terakhir....

Jamuan terakhir..di Mahkota Hotel

Saturday, 21 September 2013

kuliah

Kuliah ari mula pukul 8.30 pagi..tapi lewat 10min. Pekena soto kat 'bumbu warisan'...sedappp sangat, alhamdulillah.
Mula dengan kertas semantik....adoiiii, nasible..pensyarah, Tn. Syed Hassan seorang yang kelakar....Kelas straight hingga kul 5 pm.
Tak tau..le, kat umah camne? Pandai2 le, suamiku uruskan anak-anak

kuliah

Besok bermulalah kelas pengajian ku...Alahai..bila nak siap projek menulis karya ni...? Baru siap print..soalan-soalan assignment. Nampaknya sepanjang bulan September ni..sentiasa penuh tidak sempat berehat, hari Sabtu ada kelas ganti, hari Ahad Kuliah...
 Ya..Allah kurniakanlah hambamu ini dengan nikmat ketenangan dan kesihatan....Aminnnn

Thursday, 19 September 2013

pantun

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga

Wednesday, 18 September 2013

Sungai Pahang

Bila  balik ke rumah Mek, inilah jalan yang aku lalui... Triang- Temerloh. Selalunya berhenti beli ikan patin dan ikan talapia.  Rinduuuu   sangat...nak makan ikan sungai...





Penulisan

Proses menulis baru bermula secara rasmi. Dulu...aku menulis juga tapi tidak rasmi kerana tidak pernah berguru. Tapi...banyak halangan  lah pulak,... macam-macam. Anak nak makan, anak nak gi sekolah, anak nak gi  asrama, anak nak gi mengaji,  barang-barang dapur habis...macam-macam nak pikir.... Tabikkk  kepada semua penulis yang baru mencuba menghasilkan karya  dan yang sudah ada nama yang gah..

Bersama penulis novel cinta Dinaz Salsabila


Monday, 9 September 2013

kebunku

Saya sebenarnya sangat suka berkebun, sebabnya ialah kerana saya suka makan ulam-ulaman.Ini adalah ulaman yang menjadi kegemaran saya, petua awet muda dan untuk kesihatan...Sebenarnya dari segi pemakanan, saya lebih mewarisi ibu saya, yang saya panggil 'Mek'. Mek banyak makan ulam mentah yang berdaun, tidak hairanlah..tubuh Mek masih kuat, boleh berkebun, boleh urus ladang sawit dan boleh 'bersilat' lauk pauk di dapur - kacau dodol lagi...

Sunday, 8 September 2013

bengkel penulisan

Alhamdulillah...tercapai juga impian untuk menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh penulis-penulis hebat seperti Dr. Faisal Tehrani, S .M. Zakir dan penulis novel cinta Dynas Salsabila . Moga langkah yang aku mulakan ini tidak akan tiada titik noktah. Aminn...

Wednesday, 4 September 2013

selamat hari jadi

Semalam anakku ngah menyambut hari jadinya yang ke 17.Aku hanya mampu menghadiahkannya sebuah motosikal kriss."nanti, ngah boleh bawa pergi kolej tahun depan".semoga hidup anak-anakku dilimpahi keberkatan,nikmat, dan kebahagiaan. Aminn...

potret kasih

Suram,sepi, dingin
di subuh hari
hujan pagi masih gerimis
Angin sejuk menusuk jauh
menembusi dasar hati 
Aku masih melangkah
Ku tempuh gerimis yang datang
Setia ku bawa bersama
sisa-sisa bisa kenangan
Cinta yang patah
Aku tahu,
jasadmu telah pergi jauh
Tapi
aku juga tahu
dalam setiap doa kudusku
Hati kita kembali bersatu
Aminn

bengkel penulis

Jumaat-ahad ini aku akan menghadiri bengkel penulisan. Tengok pada tentetifnya memang hebat dan dihadiri oleh penulis2 yang hebat..alhamdulillah.Aku dapat sokongan dari suami tersayang.Sabtu ini adalah hari persekolahan jadi tugas aku diambil alih ,oleh cik abang untuk menguruskan anak2. Harapannya, semoga selepas ini isterinya tidak merapu yang bukan2bila menulis, "menulis ada adab dan tatasusilanya".