Pada 19 Dec. ada 3 peristiwa penting iaitu hari gaji, keretaku rosak dan hari diumumkan keputusan PMR 2013. Sebenarnya anak2 kembarku ini lebih berminat kepada ilmu kemahiran. Su minat bahagian membaiki peralatan eletrik dan Chik pula bahagian masakan. Disebabkan keputusan percubaan tidak memuaskan hati..aku biarkan sahaja mereka membuat keputusan sendiri dan aku juga tidak memohon MRSM. Tetapi...
Apabila keputusan sebenar diterima..Alhamdulillah, aku sangat terkilan kerana tidak memohon MRSM..tapi aku cuba juga memohon Sek. Men. Teknik...mudah-mudahan dapat...Insyaallah..
Nampaknya anak2ku ...tidak mampu berada di aliran Arab, terpaksalah ku pindahkan ke sekolah biasa Anak2ku mendapat 6A 2B dan 1D (B. Arab).. Alhamdulillah, terimakasih Allah..terima kasih kepada semua guru di SMKA TP..hanya Allah yang dapat membalas budi cikgu.
Saturday, 21 December 2013
Wednesday, 18 December 2013
cuti sekolah
Masa cuti ni..anak2 ada di rumah. Masa ni..melayan dengan 'air tangan ibu ' dan melayan mereka bermain badminton di depan rumah. Tinggal di taman perumahan, kawasan sempit terpaksa bermain di atas jalan di luar..nasib le..kawasan ini tidak begitu banyak kenderaan..".amannn....mereka bermain"
pertunangan
15 Dec 2013 menghadiri majlis pertunangan anak sepupu di Kulaijaya...jauh tuuu..Insyaallah akan diijabqabul pada Mei 2014..Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati...Aminn..Di sini diselitkan sedikit 'bunga-bunga kebahagiaan' yang sempat dikongsi bersama.
pulut kuning
Sebenarnya aku tidak berapa gemar makan pulut kuning..tapi disebabkan sudah dihidang di depan mata ketika menghadiri majlis pertunangan itu..terpaksa ku telan juga..Rasa bersalah betul..tak luak pun dalam pinggan...Puas ku renung.".cantik dan lemak rasa pulut ini"
Monday, 16 December 2013
Banjir
Awal minggu ke2 Dec, aku balik ke kampung..sekejap sahaja kerana banjir. Sempatlah aku bermain air banjir dan anak2 ku merasa juga naik bot. Aku juga sempat merasa 'ikan darat goreng'
Wednesday, 4 December 2013
Hujan
Hujan musim tengkujuh sudah memunculkan diri. Kelantan , Trengganu dan Pahang sudah banjir. Macamana nak bercuti ni...? Mek dah telefon.."bilo nok klik ni...?" Adooiiii.....tunggulah bila cuaca mengizinkan..lagipun cuti aku panjang lagi. dah dua hari aku dan anak-anak hanya berkurung dalam rumah..makan, tv, tido. Kenape..yek..bila cuaca begini..perut asyik laparrr, terbayang-bayang ikan pekasam dan nasi panas...he..he
Subscribe to:
Comments (Atom)

