Saturday, 4 January 2014

2014

Bismillahhirrahmanirrahim....Tahun baru 2014  telah bermula. Semoga tahun ini lebih membahagiakan dengan nikmat rezeki dan kesihatan  untuk kami sekeluarga dan sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ini.

     2 Januari adalah hari pertama anak bongsuku, Busu bersekolah..."ibu ambik lambat..oghang letih..lapar"  macam2 keluhan, maklumlah  2 bulan cuti, asyik makan sahaja. Satu ayat yang buat aku gelak ialah" Ibu..kenapa dekat sekolah baru tuu..asyik tukar-tukar cikgu...pening kepala oghang nak ingat nama..."




Anak2ku....permata hati ibu..rasanya baru semalam ibu mendokong kalian di pantai ini...Semoga jadi anak yang soleh untuk ibu dan papa...Aminnn....