Sunday, 30 December 2012

sayur goreng

Hari ini, rasa nak makan simple sahaja, sayur goreng, ikan keli goreng , sambal belacan dan ulam daun selom berserta terung celur dicicah budu campur tempoyak dan cili padi. Ikan keli goreng adalah makanan kegemaran anak-anak saya.  Anak-anak saya memang sukakan ulam-ulaman, maklumlah sudah didedahkan dari zaman kanak-anak lagi. 

Resepi: Sayur goreng
Kacang buncis dan sedikit kobis
ikan bilis @ udang kering
cili padi
sedikit bawang putih dan bawang merah
sedikit minyak untuk menggoreng


















Friday, 28 December 2012

family day

Pada 22 Dec hingga 24 Dec 2012, pertama kali dalam sejarah, kami menyambut hari keluarga di Cameron Highlands. Ada yang  bertolak dari KL, Johor, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang . Walaupun letih menempuh perjalanan yang jauh ditambah pula dengan kesesakan jalan yang teruk di puncak CH, kami semua sangat gembira..Alhamdulillah, Ini semua untuk Mek tersayang...Mek lihatlah ini semua keluarga kita, anak, cucu dan cicit Mek. Rupanya zuriat Mek dimonopoli oleh kaum Adam.





Sempat berposing dengan sahabat baik saya, hampir 10 tahun bersama.., Puan Hajah Rashimah .




Friday, 21 December 2012

kereta

          Teringat zaman dulu-dulu.".bestnya orang ade kereta". Kadang-kadang bila motor burok ayahku meragam..terpaksalah aku menolaknya dari belakang. Sesekali aku akan menoleh ke belakang moga-moga ada hamba Allah yang berkereta sudi menumpangkan kami dan selalunya memang ade..Alhamdulillah, moga budi kalian Allah yang membalasnya.

          Tapi..hidup ini ada pasang surutnya, kini aku sudah mempunyai kereta sendiri dan bebas memandu ke mana sahaja bersama-sama dengan anak-anakku.... Alhamdulillah. Rupanya ade kereta sendiri susah juga, minyak nak jaga, road tax insurance nak jaga, pendek kata nak kena belek dan solek selalu. Bersyukurlah dengan apa yang ada..

Wednesday, 19 December 2012

resepi : ikan patin masak tempoyak








Sebenarnya entri ini sepatutnya dimasukkan lebih awal, tetapi tertinggal..Semasa bercuti di Kok Lanas, aku telah membawa ibu mertua ke pasar Kok Lanas. Kami membeli lauk pauk untuk dimasak, salah satunya ialah ikan patin. Aku memasak ikan patin masak tempoyak seperti dalam gambar ini. Sebenarnya aku bukanlah pakar dalam bidang masakan, tetapi apabila mendapat title isteri dan ibu, semuanya aku lakukan demi suatu ibadah kepada Allah. Setakat hari ini semua  hasil air tanganku menjadi kegemaran suami dan anak-anak. Alhamdulillah...

Bahan-bahan

3 ekor ikan patin (sederhana besar)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 hirisan lengkuas
2 ketul kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
2 keping asam gelugur (jika tempoyak sudah masam tak perlu asam keping)
15 biji cili padi
5 tangkai daun kesum (boleh ganti dengan bunga kantan @ timun yang tua)

Cara-cara

1.Mesin bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, tempoyak dan cili padi
2.Masukkan ke dalam periuk bersama 1 jug air, kacau hiungga mendidih.
3.Masukkan ikan , daun kesum, garam dan bahan perasa
4.Kacau lagi hingga mendidih dan boleh di hidangkan




daging masak kicap



Selepas hampir seminggu bercuti di Kok Lanas, aku balik semula ke rumah. Badan rasa penat. Dalam peti sejuk  ada daging yang siap menanti untuk di masak. Aku bercadang memasak daging masak kicap sahaja untuk anak-anakku. Sebenarnya inilah lauk kegemaran suamiku. Pembaca boleh lihat dan kalu berminat boleh cuba, ringkas sahaja. (bahan seperti sayur boleh diubahsuai)


Bahan-bahan

daging
garam kunyit
sos tiram
sos tomato
kicap,
kacang buncis
bawang besar
cili merah
minyak untuk menggoreng



Cara-cara


1.Masukkan daging yang telah diperap dengan sedikit garam kunyit ke dalam kuali, masak hingga air daging kering.
2.Masukkan setengah cawan minyak masak, kacau lebih kurang lima minit
3.Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan kacau lagi dua minit.
4.Masukkan kacang buncis, bawang besar dan cili merah , kacau sekejap dan sedia dihidang





Wednesday, 12 December 2012

Hari Jadi


Keluargaku adalah keluarga sederhana, tapi tak kisahlah...yang penting keluarga kami keluarga yang bahagia. Kelihatan di sini ialah sambutan hari jadi anakku , Nabil dan Zubair. Aku memutuskan untuk memotong kek serentak kerana tarikh mereka hampir sama iaitu 17 dan 20 Mei setiap tahun. Ketika ini kami berkelah di Pantai Padang Kamunting , Pengkalan Balak di Melaka.

keluarga




\\


Assalamualaikum, salam ukhuwah kepada semua pembaca blog Ibuku SahabatKu.  Inilah keluargaku, anak-anak dan suami, masih ada tiga orang anak lelakiku, masing-masing tidak suka bergambar...biarlah..