Wednesday, 19 December 2012
daging masak kicap
Selepas hampir seminggu bercuti di Kok Lanas, aku balik semula ke rumah. Badan rasa penat. Dalam peti sejuk ada daging yang siap menanti untuk di masak. Aku bercadang memasak daging masak kicap sahaja untuk anak-anakku. Sebenarnya inilah lauk kegemaran suamiku. Pembaca boleh lihat dan kalu berminat boleh cuba, ringkas sahaja. (bahan seperti sayur boleh diubahsuai)
Bahan-bahan
daging
garam kunyit
sos tiram
sos tomato
kicap,
kacang buncis
bawang besar
cili merah
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1.Masukkan daging yang telah diperap dengan sedikit garam kunyit ke dalam kuali, masak hingga air daging kering.
2.Masukkan setengah cawan minyak masak, kacau lebih kurang lima minit
3.Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan kacau lagi dua minit.
4.Masukkan kacang buncis, bawang besar dan cili merah , kacau sekejap dan sedia dihidang
Labels:
resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment