Sebenarnya entri ini sepatutnya dimasukkan lebih awal, tetapi tertinggal..Semasa bercuti di Kok Lanas, aku telah membawa ibu mertua ke pasar Kok Lanas. Kami membeli lauk pauk untuk dimasak, salah satunya ialah ikan patin. Aku memasak ikan patin masak tempoyak seperti dalam gambar ini. Sebenarnya aku bukanlah pakar dalam bidang masakan, tetapi apabila mendapat title isteri dan ibu, semuanya aku lakukan demi suatu ibadah kepada Allah. Setakat hari ini semua hasil air tanganku menjadi kegemaran suami dan anak-anak. Alhamdulillah...
Bahan-bahan
3 ekor ikan patin (sederhana besar)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 hirisan lengkuas
2 ketul kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
2 keping asam gelugur (jika tempoyak sudah masam tak perlu asam keping)
15 biji cili padi
5 tangkai daun kesum (boleh ganti dengan bunga kantan @ timun yang tua)
Cara-cara
1.Mesin bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, tempoyak dan cili padi
2.Masukkan ke dalam periuk bersama 1 jug air, kacau hiungga mendidih.
3.Masukkan ikan , daun kesum, garam dan bahan perasa
4.Kacau lagi hingga mendidih dan boleh di hidangkan