Saturday, 21 December 2013

PMR

     Pada 19 Dec. ada 3 peristiwa penting iaitu hari gaji, keretaku rosak dan hari diumumkan keputusan PMR 2013. Sebenarnya anak2 kembarku ini lebih berminat kepada ilmu kemahiran. Su minat bahagian membaiki peralatan eletrik dan Chik pula bahagian masakan. Disebabkan keputusan percubaan tidak memuaskan hati..aku biarkan sahaja mereka membuat keputusan sendiri dan aku juga tidak memohon MRSM. Tetapi...
    Apabila keputusan  sebenar diterima..Alhamdulillah, aku sangat terkilan kerana tidak memohon MRSM..tapi aku cuba juga memohon Sek. Men. Teknik...mudah-mudahan dapat...Insyaallah..
Nampaknya anak2ku ...tidak mampu berada di aliran Arab, terpaksalah ku pindahkan ke sekolah biasa   Anak2ku mendapat 6A  2B dan 1D (B. Arab).. Alhamdulillah, terimakasih Allah..terima kasih kepada semua guru di SMKA TP..hanya Allah yang dapat membalas budi cikgu.


Wednesday, 18 December 2013

cuti sekolah

Masa cuti ni..anak2 ada di rumah. Masa ni..melayan dengan 'air tangan ibu ' dan melayan mereka bermain badminton di depan rumah. Tinggal di taman perumahan, kawasan sempit terpaksa bermain di atas jalan di luar..nasib le..kawasan ini tidak begitu banyak kenderaan..".amannn....mereka bermain"

pertunangan

15 Dec 2013 menghadiri majlis pertunangan anak sepupu di Kulaijaya...jauh tuuu..Insyaallah akan diijabqabul pada Mei 2014..Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati...Aminn..Di sini diselitkan sedikit 'bunga-bunga kebahagiaan' yang sempat dikongsi bersama.






pulut kuning

Sebenarnya aku tidak berapa gemar makan pulut kuning..tapi disebabkan sudah dihidang di depan mata ketika menghadiri majlis pertunangan itu..terpaksa ku telan juga..Rasa bersalah betul..tak luak pun dalam pinggan...Puas ku renung.".cantik dan lemak rasa pulut ini"


Monday, 16 December 2013

Banjir

Awal minggu ke2 Dec, aku balik ke kampung..sekejap sahaja kerana banjir. Sempatlah aku bermain air banjir dan anak2 ku merasa juga naik bot. Aku juga sempat merasa 'ikan darat goreng'







Wednesday, 4 December 2013

Hujan

Hujan musim tengkujuh sudah memunculkan diri. Kelantan , Trengganu dan Pahang sudah banjir. Macamana nak bercuti ni...? Mek dah telefon.."bilo nok klik ni...?"  Adooiiii.....tunggulah bila cuaca mengizinkan..lagipun cuti aku panjang lagi. dah dua hari aku  dan anak-anak hanya berkurung dalam rumah..makan, tv, tido. Kenape..yek..bila cuaca begini..perut asyik laparrr,  terbayang-bayang ikan pekasam dan nasi panas...he..he


Sunday, 24 November 2013

cuti sekolah

      Cuti sekolah baru bermula tetapi aku belum bergerak kemana-mana memandangkan anak keduaku masih menduduki SPM. Mungkin selepas itu baru kami bertolak..dengar2nya arah ke utara, maklumlah suamiku sudah memohon cuti. Tetapi percutian kami tidak lengkap memandangkan anak perempuanku baru sahaja ke kolej untuk sem. ke 2 dan anak  kelima ku akan mengikuti program imtiaz di Trengganu.

     Mungkin inilah masalah, bila anak2 mula membesar, masing-masing punya aturcara sendiri. Jadi nasihatku kepada sesiapa yang membaca blog ini, gunalah waktu sewaktu anak2 kita masih kecil dengan sebaik-baiknya. Hiasilah warna-warna pelangi yang indah dalam hidup mereka.

Saturday, 16 November 2013

melihat matahari terbenam






ajak anak-anak menikmati keindahan di tepi pantai sewaktu mentari mula melabuhkan sinarnya. Allahuakbar...cantiknya.....

Saturday, 2 November 2013

Hutan Rekreasi



Bawa anak-anak berjoging dan menghirup udara segar di hutan rekreasi...Ahhh...lega rasanya






Melihat pelbagai jenis pokok balak









Anak-anakku yang tidak mengenali pokok rotan siap memegang pokok berduri itu....





Wednesday, 16 October 2013

trw

Entah mengapa suatu perasaan halus meresap ke jiwaku bila membaca ayat-ayat power yang keluar dari mulut pemain trw.

Piya " Saya lebih rela hilang duit dari hilang penyokong"

Hari ini dalam akhbar Berita Harian 17 Oktober , Nik Shahrul " Maruah lebih penting bukan ganjaran" dalam menentang ATM esok.

Kesimpulannya Saya sangat berbangga dengan semangat pemain trw dan SEMANGAT ini sangat mahal mungkin untuk oghe-oghe puak kito...Alhamdulillah

Hari Raya

Seumur hidupku tak pernah menjadi bungkus ketupat daun palas..tetapi Allahuakbar...disebabkan tak balik kampung ,ku gagahi juga buat ketupat daun palas untuk juadah suami dan anak-anak tersayang pada hari raya aidil adha.

Alhamdulillah...percubaan pertamaku menjadi dan licin dikerjakan oleh insan-insan tersayang. Lengkap dengan rendang.

Habis ku kerah anak-anakku..membuka daun palas..sampai tertidur-tidur budak tuu...ha..ha...










ICT

Hari Jumaat, semua anak balik ke rumah. Aku ajak mereka pergi ke rumah papa mereka di KL. Kami tiba malam..papa mereka terus bawa jalan-jalan tengok keindahan lampu di ICT, Shah Alam..Okaylah.. lepas stress kembarku yang baru abiss PMR




Sunday, 6 October 2013

trw

Aku adalah peminat tegar bolasepak terutama trw..Tahniahhh..persembahan mantap malam tadi..6-1(jdt). HIDUP KELATE "HERO TAK GADOH"
Kami satu keluarga pergi menonton di kedai mamak 'skrin besar'. Ha..ha..ha..

Tengoklahh..siapa di sebaliknya...Alhamdulillah atas segala nikmat kepada bumi Kelate daripada sultan ,pemimpinnya dan rakyat jelata yang tebal jati diri

Wednesday, 2 October 2013

Anak-anak lelaki

Hari ini, hari kedua PMR, semoga Su dan Chik dapat menjawab dengan tenang. Ibu hanya mendoakan ketenangan dan kejayaan kalian dari jauh, terima kasih kepada semua guru....hanya Allah yang dapat membalasnya





bapa tiri

Ini adalah bapa tiriku. Kisahnya panjang..dulu dia adalah sahabat baik arwah ayahku. Apabila ayahku meninggal, isterinya pula sakit. Lama sakitnya... Bapa tiriku berkahwin lain, kemudian isteri barunya pula meninggal. dia kemudiannya melamar ibuku.. kami adik beradik mulanya berat hati, maklumlah..dah mesra dari kecil.

Tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan...Redho...lah.. Berilah peluang mereka mengecap kebahagiaan di hujung usia ini.

Dia ada anak 11 orang, semua lelaki. Ibuku pula 11 orang juga 5 perempuan dan 6 lelaki. Boleh bayangkan bila hari raya dan kenduri kendara... Rahsia Allah...Alhamdulillah








potret kasih

12 September
kekasihku
detik itu setia mendatangiku
gementar seluruh tubuhku
bisanya menikam
darah yang tiada warna
hanya air mata teman setia

12 September
kekasihku
pemergianmu di subuh hari
ku ingati lagi
di kedinginan dinihari
ku dengar suaramu
jelas memanggil namaku

"Sayangku...namamu tetap sebati di hatiku
walau seribu tahun ku tetap menantimu
kembalilah sayang padaku"


Kusapu kelopak mata
air jernih yang masih belum kering
bukti..cinta kasihku padamu
juga tidak pernah pudar
Ku redho dengan perpisahan ini
Walau kita saling menyayangi
Tuhan yang mengetahui
akan ku bawa cintamu berkubur bersama
jasadku hingga alam abadi
Sama sumpahmu
pergi bersama cintaku
Moga kita dipertemu lagi
setiap detik berlalu terimalah
sedekah Al Fatihah untuk mu
Buatmu wahai kekasihku...

Sunday, 29 September 2013

teh tarik kat ayob bistro

Selepas hantar anak2 ke asrama, aku dan suami lepak2 di kedai mamak,pekena teh tarik dannn roti canai. Busu, lena keletihan, Utih dapat burger sebiji. Ahhh...segar rasanya. Lepas ni..nak urus pakaian sekolah mereka besok. Anak kembarku aakan menduduki PMR pada 3 Oktober..semoga mereka berjaya.Aminnn....

Wednesday, 25 September 2013

Suamiku

Semalam, aku dan suami diminta hadir ke sekolah atas urusan anak kami yang bakal menghadapi PMR pada minggu depan. Aku memaksa suamiku memohon cuti, Alhamdulillah demi anak-anak , dia akur. Pukul 6.30am pagi dia menjadi 'driver' kami dengan rasminya. Aku dan anakku Ngah saling tersenyum.
Ngah" pagi ni..lancar papa hantar gi sekolah"
Utih " kalu hari-hari papa hantar kan besttt"
Busu" papa ambik adik kul 12.00, ibu selalu ambik lambat, adik kena ngaji dulu"

Masing-masing mengambil peluang 'mengipas' papa mereka. Aku hanya diam, papanya hanya senyum.

Mula-mula hantar anak yang sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. Selepas sarapan, kami pergi ke sekolah anak yang akan menghadapi PMR dan selesai lebih kurang pukul 1.30 t/hari. Kemudian bergegas mengambil anak-anak yang sedang menunggu di sekolah. Kami selamat berada di rumah hampir pukul 5.30.
Aku ke dapur menguruskan makan malam. ....Apa cite suamiku? dia muntah...pening...gelap mata... kerana satu hari menguruskan anak-anak dengan bau badan yang masing-masing 'tengik'. Aku dan anak2 selamat makan malam TAPI suamiku tergolek tak boleh bangun...ha...ha...haa

Suami' Ibu uruslah anak-anak, biar papa pergi kerja cari duit...pening...pening..."
Aku " baru tahu ...ingat urus anak-anak yang pelbagai kerenah ni...senang" .
Pagi tadi dia bangun dengan penuh semangat... nak gi kerja di K.L.

Tinggallah aku menguruskan segala-galanya seperti biasa. Adooiii papa...papa


Monday, 23 September 2013

salam perkenalan dari penulis blog


Sebenarnya aku sangat suka menulis. Dulu suka tulis diari, tapi kini bila usia semakin bertambah jika ada masa terluang aku terus mengadap laptop dan melayan perasaan. Sebenarnya gambar ini diambil ketika majlis perkahwinan anak saudaraku di Kuantan pada 2012 yang lepas....Sebenarnya nak kongsi kebahagiaan dapat menulis dalam blog, tak kisahlah ada orang baca atau tidak yang penting aku dapat meluahkan perasaan, jika ada ilmu yang berguna bolehlah pembaca ambil buat iktibar.




Anak-anakku ramai, 6 orang lelaki...jadi boleh bayangkan jika duduk di rumah, rasa macam sendat sangat. Selalunya pada hari minggu atau hari cuti aku lebih suka bawa mereka makan-makan di Shopping Complexs atau pusing-pusing bandar.





Tetapi..jika aku rasa rajin memandu, aku akan membawa anak-anakku ke rumah suamiku di Batu Caves. Selalunya bila ke sini Tempat Perkelahan Ulu Yam yang jadi pilihan untuk kami berendam. Selalunya aku akan membeli nasi dan gulai kawah di Taman Sri Gombak untuk berkelah di sini.


ini adalah anakku Utih yang sangat memilih dalam bab makan. Tengokkk..kemain lagi dia menghirup laksa


Yang ni..pulak Busu... kejap-kejap nasi..adoii nak layan sorang ni...!




Sesekali aku bawakan mereka berkelah di pantai...selalunya di Port Dicksonlah...




Sebenarnya aku puas dapat membesarkan anak-anakku di depan mata. Akulah seorang isteri dan ibu yang berkerjaya , mampu membesarkan anak-anakku tanpa suami di sisi. Alhamdulillah dapat memberikan didikan yang seimbang dunia dan akhirat. Syukur Alhamdulillah

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dan berikanlah aku ketenangan dah kesihatan demi menjaga amanah Mu ini...Aminnnn

Ustaz Syukri

Ketika menghadiri suatu majlis di sekolah anakku terpandang suatu wajah yang amat ku kenali, yang kata-katanya menyerap ke lubuk hati dan selalu ku jadikan azimat....

Alhamdulillah, rupa-rupanya anak beliau dan anakku belajar dalam satu kelas di sekolah yang sama

Keluarga Mertua

Hubungan aku dan keluarga mertua sangat rapat. Ini dirakamkan ketika kami bercuti di Tiara Beach Port Dickson




Ini pula ketika menghadiri suatu majlis perkahwinan kaum kerabat suami di Hotel Flaminggo K.Lumpur

Bersara

Hari ini...perasaan halusku terusik sangat dengan majlis persaraan rakan sekerja. Setelah menabur bakti selama 32 tahun dalam bidang pendidikan, hari ini Cik Lee Siow Hong selamat bersara. Kami warga sekolah sangat terharu.

Tiada lagi kedengaran suara jerit pekik beliau sewaktu kelas Matematik. Selepas majlis didewan selesai, semua murid berbaris untuk bersalam dengan beliau. Tanpa disedari air mataku gugur juga tanpa dipinta..Semoga kau sihat dan dapat berbakti kepada keluarga.

Ya Allah, adakah aku nanti dapat bertahan hingga persaraan?


Siap ber'twist' lagi bersama murid


Tandatangan kehadiran dan pulang untuk kali terakhir

Senyuman terakhir....

Jamuan terakhir..di Mahkota Hotel