Cuti sekolah baru bermula tetapi aku belum bergerak kemana-mana memandangkan anak keduaku masih menduduki SPM. Mungkin selepas itu baru kami bertolak..dengar2nya arah ke utara, maklumlah suamiku sudah memohon cuti. Tetapi percutian kami tidak lengkap memandangkan anak perempuanku baru sahaja ke kolej untuk sem. ke 2 dan anak kelima ku akan mengikuti program imtiaz di Trengganu.
Mungkin inilah masalah, bila anak2 mula membesar, masing-masing punya aturcara sendiri. Jadi nasihatku kepada sesiapa yang membaca blog ini, gunalah waktu sewaktu anak2 kita masih kecil dengan sebaik-baiknya. Hiasilah warna-warna pelangi yang indah dalam hidup mereka.
No comments:
Post a Comment