Friday, 29 March 2013

Suami ku

Wajah-wajah kebahagiaan








Mek

Aku adalah anak pertama dari  11 orang  adik- beradik. Kehidupan masa kecil....emmn memang susah, tapi kini kami diulit kebahagian..Alhamdulillah...ni adalah ibuku..orang yang banyak berjasa dalam mendidik kami menjadi insan

percutian

Hari ini, tercapai sudah impianku untuk berkumpul bersama semua ahli keluarga, maklumlah masing-masing sudah berkeluarga semuanya sibuk. Kami berkumpul di Desa Anthirium di Cameron Highlands. Ibuku, ayah tiriku, mak ngah, makcik, ayah su, Wan dan boy berkumpul di rumah Pak Uda di KL, Mak teh sekeluargapun berkumpul di sana. Kami berkonvoi bersama, "Horee...seronok sangat," Alhamdulillah, rezeki yang Allah beri, kita kongsi sama-sama


adik- adikku

Aku mendapat panggilan dari adikku yang berada di Kuantan. Beginilah bunyinya" aku ni..hairan, mengapa adik- beradik dan jiran suka bercerita masalah kepada aku, dah..lah rambut aku   ni..asyik gugur sahaja." Aku menjawab " kau ada bakat jadi pakar motivasi..kut, pergilah mendaftar di kelab Dr. Fadhzillah Kamsah",.Begitulah dik,walaupun belajar tidak tinggi tetapi pengalaman hidup adalah suatu ilmu yang sangat berguna dan boleh dipraktikkan ke arah kebaikan dan kasih sayang sesama insan, amalkan dan niat untuk meraih saham akhirat..Aminn..



Thursday, 28 March 2013

suami ku



Semalam genap usia suamiku yang ke;48 tahun. Terlalu cepat masa berlalu..tanpaku sedar usia perkahwinan kami sudah menjangkau hampir 20 tahun. Kami dikurniakan seramai 7 orang zuriat, 6 lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan kami direstui oleh keluarga kedua belah pihak. Paling pennting aku sangat menghormati ibu,bapa dan keluaarga sebelah mertua. Suamiku juga tidak pernah mengabaikan keperluan ibubapa dan adik-adikku. Dia sangat bertanggungjawab kerana aku adalah anak sulong darpada 11 beradik. Ibubapaku orang susah dan bekerja sebagai penoreh getah. Kami bahagia walaupun hidup tidak diulit kemewahan. Syukur dengan nikmat Allah yang mengurniakan kesihatan untuk kami terus bekerja dan menjaga amanahNya...Alhamdulillah . Semoga esok mentari masih bersinar dan hidup kita terus diwarnai dengan pelangi yang indah...Allahuakbar..






Assalamualaikum..rasanya sudah hampir dua bulan aku tidak menulis di sini..maaf .. .ye..minggu ini adalah minggu cuti sekolah. Selepas selesai menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan urusan SPM anak perempuanku, kami bertolak pulang ke kampung.

Mulanya aku singgah di rumah ibuku di Felda Jengka 6. Rupa-rupanya adik-adikku dari Kuantan , KL dan Pulau Pinang telah tiba lebih awal dengan keluarga masing-masing.
Seperti biasa, malamnya kami akan buat majlis BBQ..bukan apa, untuk hiburkan anak-anak saudara dan merapatkan hubungan kekeluargaan, maklumlah..selepas ini masing-masing akan beredar mencari sesuap nasi untuk menjaga amanah Allah. Suamiku..memanggang daging kambing dan ayam dengan dibantu oleh 6 orang anak lelaki kami. Adikku memotong mangga dan tembikai susu. Aku hanya mampu menyediakan sambal udang.  Di bucu dapur kelihatan  setandan pisang nipah, aku ambil beberapa biji dan dibakar..memang enak dan manis.

 Selepas Isya' kami menjamu selera berbumbungkan langit dan sinaran bulan purnama dan lilin  memang canntikkk sangat. Alhamdulillah. .."memang seronok makan bertemankan cahaya bulan purnama" . Riak wajah  mek..memang sangatt gembira, maklumlah dulu-dulu mana ada budaya begini dalam keluarga kami. Masih jelas dalam ingatan, bila malam arwah ayahku akan mengasah pisau menoreh sementara kami adik-beradik akan buat kerja sekolah berbekalkan pelita minyak tanah.

" Mek..maaf banyak-banyak, hanya saat-saat begini, aku dapat memberikan sedikit kegembiraan padamu..esok aku akan bertolak ke rumah mertuaku di Kok Lanas pula".


Kelihatan suami dan adik bongsuku yang kepanasan, menunggu sirap tiba. "wahhh papa tak menyempat..., dah Bismillahke ?"




Ini anak perempuanku dan adik-adiknya...dok tunggu semua turun ke bawah untuk menjamu selera.
." cepatlahh, dah lapar ni..." "kakak, macam kekok   je,  tengok kau pakai kain batik  he...he..."