Assalamualaikum..rasanya sudah hampir dua bulan aku tidak menulis di sini..maaf .. .ye..minggu ini adalah minggu cuti sekolah. Selepas selesai menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan urusan SPM anak perempuanku, kami bertolak pulang ke kampung.
Mulanya aku singgah di rumah ibuku di Felda Jengka 6. Rupa-rupanya adik-adikku dari Kuantan , KL dan Pulau Pinang telah tiba lebih awal dengan keluarga masing-masing.
Seperti biasa, malamnya kami akan buat majlis BBQ..bukan apa, untuk hiburkan anak-anak saudara dan merapatkan hubungan kekeluargaan, maklumlah..selepas ini masing-masing akan beredar mencari sesuap nasi untuk menjaga amanah Allah. Suamiku..memanggang daging kambing dan ayam dengan dibantu oleh 6 orang anak lelaki kami. Adikku memotong mangga dan tembikai susu. Aku hanya mampu menyediakan sambal udang. Di bucu dapur kelihatan setandan pisang nipah, aku ambil beberapa biji dan dibakar..memang enak dan manis.
Selepas Isya' kami menjamu selera berbumbungkan langit dan sinaran bulan purnama dan lilin memang canntikkk sangat. Alhamdulillah. .."memang seronok makan bertemankan cahaya bulan purnama" . Riak wajah mek..memang sangatt gembira, maklumlah dulu-dulu mana ada budaya begini dalam keluarga kami. Masih jelas dalam ingatan, bila malam arwah ayahku akan mengasah pisau menoreh sementara kami adik-beradik akan buat kerja sekolah berbekalkan pelita minyak tanah.
" Mek..maaf banyak-banyak, hanya saat-saat begini, aku dapat memberikan sedikit kegembiraan padamu..esok aku akan bertolak ke rumah mertuaku di Kok Lanas pula".
Kelihatan suami dan adik bongsuku yang kepanasan, menunggu sirap tiba. "wahhh papa tak menyempat..., dah Bismillahke ?"
Ini anak perempuanku dan adik-adiknya...dok tunggu semua turun ke bawah untuk menjamu selera.
." cepatlahh, dah lapar ni..." "kakak, macam kekok je, tengok kau pakai kain batik he...he..."


No comments:
Post a Comment