Wednesday, 29 May 2013

Potret kasih (5)

Bunga melur Di sudut halaman Putih cantik menawan Wanginya jadi pujaan Dan igauan Warna mu bersih Cantik dan sejuk Di pandangan mataku Gementar di hatiku Menggamit rinduku Menarik jejariku Menyunting mu Ku gubah dalam pasu indah Setaraf dengan mawar idaman Menjadi pujaan Sejuta kumbang

Anak Perempuanku

Alhamdulillah..selepas SPM yang lalu, murah rezeki kakak, 3 peluang terbentang di depan mata. 1)Temuduga guru di IPG- 13 Mei 2)Panggilan Matrikulasi-27 Mei 3)UPU-Program Diploma Pengajian Islam di UnisZa- Trengganu- 3 Jun Aku tidak memberi sebarang tekanan kepadanya, terpulanglah kepada dia untuk membuat keputusan. Dia bermati-matian tidak mahu pergi ke Prog. Matrikulasi, jadi beri fokas kepada pilihan ke 3. Tetapi...entah apa yang berlaku, lagi sepuluh minit pukul 11 pagi pada pada 27 Mei yang lalu, dia berkata " ibu, kakak dah nekad..kakak mesti pergi mendaftar ke Prog. Matrikulasi", boleh bayangkan bagaimana kelam-kabutnya aku pada hari itu. Mula dengan :- 1. Baru nak chek borang yang hampir sebulan diperam 2.Lengkapkan sijil-sijil 3.Ambil gambar pasport 4.Buat stem hasil 5.Cari penjamin/saksi 6.Photostat i/c, anak, ibu dan bapa -dengan keadaan papanya yang berada di KL( ku bongkar fail-fail lama, kut-kut ade i/c photostat yang lama- nasib jumpa) 7.Kemas barang-barang keperluannya 8.Bank-in RM 550/ di BSN dengan keadaan bank yang penuh sesak dengan pelajar yang berjaya ke UPU dan hari Isnin pulak tuu 9.Kereta pulak mati di tengah kesesakan jalanraya....adoooiiii (semangatku hampir hilang dan air mata sudah mula bergenang...Ya.. Allah terima kasih kerana memberiku kekuatan dan kesabaran ) Akhirnya dengan izin Allah, semuanya selamat. Anakku termasuk dalam sesi ke 3 iaitu pukul 1.00 - 4.00 petang. Dia selamat tiba dan melapor diri pada pukul 3.40 petang. Aku pulang ke rumah dengan lemah longlai. Selepas maghrib terus terlena. Malam tuu..anak-anaku yang lain makan roti dan telor hancur. masing-masing takut nak kejut ibu..kesiannn.. "kakak jangan buat begini lagi, ibu boleh sesak napas ..."

Saturday, 25 May 2013

Horee ..Cuti sekolah

Saat yang ditunggu sudah tiba,esok, bermulalah cuti sekolah. Semua anakku akan berada di rumah. Inilah masanya aku mengeluarkan dan menggunakan kemudahan periuk besar untuk memasak resepi kegemaran anak-anakku. Mereka juga mungkin akan sibuk dengan jadual kelas tambahan maklumlah, Ngah akan menduduki SPM pada tahun ini dan Su dan Chik akan menduduki PMR. Mengikut perancangan awal, selepas mendaftar kakak di UNIZA, (sebenarnya kakak mendapat dua tawaran selepas SPM yang lalu iaitu Kolej Matrikulasi dan UPU serta tawaran untuk menjadi guru) Setelah ditolak dan campur, dia sendiri telah memilih untuk belajar di Trengganu ini jadi selepas menghantarnya , kami akan pergi bercuti di sebuah pulau yang cantik di Negeri Trengganu. Ini adalah cadangan dari suamiku yang mahu memanfaat sepenuhnya masa cuti bersama anak-anak lelaki kesayangannya.

Friday, 24 May 2013

Potret kasih (4)

Sebuah kelong di tengah laut Menggamit rindu sang pencinta Menguji kesetiaan sang kekasih Melambai-lambai memori silam Sebuah kelong di tengah laut Di situ pernah aku menapak Bersama helai tawa cerita cinta Mekar mewangi bebunga asmara Sebuah kelong di tengah laut Menghadap gelora Selat Melaka Tetap utuh menempuh badai Tetapi... Maafkan aku mohon permisi Kakiku tidak seteguh kamu Tidak berdaya menongkah arus Sebuah kelong di tengah laut Bukti sebuah cinta pernah melewati lantaimu Bukti sebuah cinta yang runtuh dan hanyut Sebuah kelong di tengah laut Maafkan aku meninggalkan mu Tiada daya untuk kita bersama Sebuah kelong di tengah laut Tadi..aku datang menjengok mu Rupanya kau telah tiada Runtuh di bawa arus Aku menangis dalam sepi

Wednesday, 22 May 2013

Ustaz Azhar Idrus

Inilah wajah yang selalu ku dengar suaranya, banyak ku ambil nasihat, kata-katanya menjadi bahan rujukan ku dalam mengurus keluarga sehari-hari, walaupun kadang-kadang aku tewas dengan 'kesabaran' dalam mengurus keluarga. Pertama sekali aku mendengar suaranya dalam isu "anak-anak nmengurus jenazah ibunya" ...insaf sangat... Semoga ustaz sentiasa sihat dan diberkati

Saturday, 18 May 2013

Selamat Hari Jadi Busu

Pada 20 Mei yang lalu, anakku Busu menyambut hari jadinya yang ke 6 tahun. Berat juga budget pada bulan ini, ye..lah , nak sambut hari jadi dua orang anak yang jaraknya cuma dua hari. Utih, 17 Mei dan Busu, 20 Mei . Tapi ape-apepun, semuanya berjalan lancar...walaupun sederhana , anak-anakku sangat gembira dengan hadiah mainan, kek dan makanan ringan untuk diberi kepada kawan-kawan di sekolah. Busu ni...sifat manjanya lebih, maklumlah anak bongsu...

Friday, 17 May 2013

Selamat Hari Jadi Utih

Pada 17 Mei, ialah sambutan Hari Jadi untuk Utih. Aku buat kecil-kecilan sahaja, potong kek, makan kat luar dan beli set permainan pvp. Semua itu atas permintaan dia sendiri.

Wednesday, 15 May 2013

Anak perempuanku

Semalam, selepas ambil Utih dari sekolah, aku terus menjemput kakak di IPG..baru lepas interview..lah katakan..nak hilangkan rasa letihnya, kami pergi lepak-lepak dan mengisi perut di Holiday Inn, Dua-dua anakku ini tekak omputih..tengoklah apa dia orang cekik...

Utih

Inilah anakku Utih, anak no. 7, susah sangat bab makan. Suka makan makanan berasaskan tepung gandum, kuih-muih dan pelbagai jenis Western Food.. Ikutlah Utih...asalkan kau bahagia..ni masa lepak-lepak 'Hi -tea' di Holiday Inn pada 14 Mei 2013 yang lepas

Saturday, 11 May 2013

Ibuku

SELAMAT HARI IBU Selamat Hari Ibu kepada semua yang telah menjadi ibu, terutama sekali kepada ibuku yang telah melahirkan aku ke dunia dan kepada ibu mertua ku yang telah melahirkan suamiku, bapa kepada anak-anakku. Inilah ibuku..seorang yang tabah dalam menjalani kehidupan. Seorang yang kuat semangat dalam membesarkan anak-anak seramai 11 orang selepas berpisah mati dengan ayahku...kesian mek...Pekerjaannya dulu pesawah padi, penoreh getah, pekebun kelapa sawit dan kini pekebun sayur merangkap surirumah melayan suami(ayah tiri ku ) dan adik-adik ku yang belum berkeluarga. Selepas bergelar hajah..masa ibuku banyak di rumah merawat sayur- mayurnya dan kebun bunganya. Mek..memang pandai masak, air tangannya memang meletop, kalu dia buat kerabu..memang licin, apatah lagi solok lada , walaupun pedas berasap masih nak ngapp juga. Kalaulah musim raya banyak mendapat tempahan untuk ketupat, dodol ,tapai daun getah dan wajik...sesiapa yang berminat boleh mendaftar awal... Ibuku..seorang yang tidak boleh duduk diam.. Katanya" Mek ni.. Kalu peluh tak keluar , rasa tak segar, macam nak demam.." jadi, kami semua maklum akan hobinya yang suka berkebun.Lihatlah ye..kebun sayur dan kebun





















 


Ini ibu mertuaku. Banyak ilmu kehidupan berkeluarga yang aku pelajari darinya. Ibu mertua ku ,suri rumah sepenuh masa. Dia sangat kreatif dalam melayan karenah anak, menantu dan cucu-cucunya. Kasihnya tidak berbelah bahagi, semuanya sama rata samada anak atau menantu. Setiap hari dia akan mandi pada pukul 5 pagi dan bersiap untuk menunaikan solat subuh di masjid yang berhampiran dengan rumah. Sementara menunggu azan subuh, masih sempat lagi dia memasak air dan menanak nasi. Pukul 7 pagi , balik dari masjid..dia akan membancuh air teh 'O' dan membuat nasi goreng. Nasi gorengnya memang enak..Dan menjadi menu wajib untuk sarapan pagi dari aku mula kahwin hingga sekarang..hampir 20 tahun. Bukan kami tidak membantu di dapur, tapi dia sendiri memang cepat dan cekap di dapur...tabikkkk , Mi..Kami hanya menyediakan menu lain. Dan selalunya air tangan Mi yang abisss dulu..he..he.. Kini Mi..duduk seorang kerana bapa mertua ku sudah kembali ke Rahmatullah pada musim haji yang lalu. Orang lain pergi haji dengan suami dan balik dengan suami tapi Mi, pergi berdua balik seorang diri..Sabarlah Mi..kami masih ada dan kami semua sangat menyayangi mu.. Masih ingat lagi, sewaktu balik berpantang di kampung, Mi..akan memasak makanan untuk ku, bila aku ingin makan sahaja, ringkasnya dia memastikan makanan yang ku ambil masih panas-panas lagi. Jadi..aku tidak dibenarkan mengambil makanan sejuk. Juga..masih jelas di mata, dia mengejutkan aku dari tidur semata-mata mahu memakaikan ubat barut dan membalut perut ku.." Na..bangun.. Mi nok bubuh ubat ni" Terima kasih...Mi..kerana melayan ku seperti anak sendiri..Tidak hairanlah 6 kali bersalin, aku di jaga oleh Mi. Kini..sifat baik hati dan penyabar itu diwarisi sepenuhnya oleh suamiku..Alhamdulillah. Semoga Mi sentiasa sihat dan berbahagia dikelilingi kami semua...Mi..menjadi idola ku dalam melayari bahtera rumahtangga dengan seribu satu macam karenah anak-anakku.


 



Friday, 10 May 2013

adik-adikku



Ini adik bongsuku, masih bersekolah lagi dalam tingkatan lima. Orangnya pendiam tetapi sesekali menjerit, aku boleh pening..he..he..




Ini adikku yang ke empat, orangnya manis, penyayang pada keluarga  dan penyaba dengan karenah ana-anak dan isteri.  Sekarang dah jadi 'manusia', dulu malas nak gi sekolah... kena bantai dengan tiub basikal oleh arwah ayahku. "Engkau, ingat lagike...Pak Anjang..?"he...he...

Ini adik perempuanku yang nombor 6, orangnya nampak' lembut'., tapi garang yang amat.Ingat lagi..suruh dia jaga anakku Uda, abisss badan budak tuu dikerjakannya...isshh  ...isshhh.   Istimewa  dia.. ni..pakar dalam bidang jahitan ...dan bahagian-bahagian untuk menambahkan berat badan..masakan..lah..tuu..

Ini adikku yang nombor 8, orangnya tegas dan berjiwa Mathematics..bab kira-mengira serah padanya...he..he..'"Tapi..ingat Uda..ada benda yang kita tidak boleh kira tau...."






Yang tudung kuning tuu, adikku yang nombor 5, orangnya pandai masak tapi..kalau dah tido...susah nak bangun, walaupun degree ditangan.. tak mahu berpisah dengan Mek, setia menemani Mek di kampung katanya "biarlah oghe jaga mek..sementara mek masih hidup.." tabik  untuk mu  Mak Chikk.. sesuatu yang aku tak mampu lakukan..





kebunku



Hari ini aku hendak bercerita tentang adik-beradik limau nipis. Aku memang suka minum air limau nipis yang kosong terutama jika baru bangun tidur di petang hari. Ummphh..memang menyegarkan..


Aku hendak bercerita tentang 'limau kerat lintang'. Sekali tengok limau ini tiada bezanya dengan limau nipis yang biasa kita lihat, tetapi sebenarnya perbezaannya ada pada kulitnya yang tebal dan baunya yang sungguh harum dan menyegarkan. Limau ini sangat serasi jika dipadankan dengan budu  dan ikan tawar atau dibuat air asam cicah perut.... Sebenarnya, ini adalah makanan kegemaranku..









Thursday, 9 May 2013

Anak Perempuanku

Berakhir sudah penantianku untuk melihat ke mana halatuju anak sulung kami...Minggu depan, 13 Mei 2013, kakak akan menghadiri sesi temuduga perguruan di sebuah Institut Pendidikan Guru, kemudian ,27Mei dia akan melapur diri di sebuah Kolej Matrikulasi. Entahlah...ke arah mana rezekinya. Aku hanya mendoakan yang terbaik buat anakku. Rasanya cukuplah, bekalan agama yang sedikit aku perturunkan dan ilmu agama yang banyak diperturunkan oleh ustaz, ustazah dan guru-gurunya sebagai bekalan dan panduan hidupnya di kemudian hari ketika berjauhan dari keluarga. Hidup di dunia ini hanya sementara, Semoga Kakak menjadi seorang muslimah sejati, gunakan peluang yang ada ini untuk meraih saham akhirat, samada ibu dan Papa masih ada atau tiada nanti. ..Aminn..




Wednesday, 8 May 2013

Bahasa jiwa bangsa



Semasa balik kelate baru ni ada dua benda yang menyebabkan aku berfikir...apa yang unik di negeri ini berbeza dengan negeri-negeri lain. Biarlah gambar-gambar ini yang berbicara dan mengetengahkan apa yang terbuku di hati kerdil ku ini...sedih, sayu sangat pada no. 1. yang tidak proaktif di tempat lain , khususnya tempat aku cari makan  Dan bangga sangat pada no. 2



 1.Penggunaan tulisan jawi yang begitu meluas..Alhamdulillah. Semuanya berada di tangan pemerintah..nak guna atau tidak mahu, Alhamdulillah..di sini semua masih terpelihara


















 2.Gedung-gedung perniagaan yang besar, dimiliki oleh saudara seagama




 




Tuesday, 7 May 2013

Pilihanraya

Hampir 4hari, aku tidak menulis di blog, semua ini kerana sesak nafas dengan Pilihanraya. Tiba di sempadan Kuala Lipis- Gua Musang, hati kembali mekar berbunga melihat poster ' kehijauan' berkibaran di sana sini. Rupa-rupanya, inilah perasaan yang dialami oleh adik-adikku yang melalui jalan Jertih-Pasir Putih dan Grik-Jeli. Mungkin inilah namanya jati diri oghe Kelate. Apa-apapun keputusannya telah diketahui..Alhamdulillah..Kelantan kebal lagi... Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus" harammm..menjatuhkan kerajaan yang memperjuangkan Islam"...Terima kasih kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.. Dari jauh...aku mendoakan, kebahagiaan, ketenangan, kesihatan dan keberkatan hidup mu dunia dan akhirat. Aminn...

Resepi

Rasanya sudah lama aku tidak menikmati makanan tradisi Kelate. Balik ngundi, terus pergi cari nasi kerabu 'pohon kerabu' di Kedai Piah. Ramai sungguh orang..tapi memang best..daging bakarnya panas-panas, manis dan serba macam dan lagi. Gambar lagi..minum teh panas yang peat..awww tak boleh nak bayangkan. Aku juga sempat membeli dan ngap kuih idaman hati iaitu 'tepo ape' yang diperbuat Dari tepong beras, bawang me rah dan lada hitam, cicah dengan kelapa . Tengok gambar ni...ye

Wajah -wajah kebahagiaan

Anak-anak ku..setelah kamu lahir ke dunia banyak cabaran yang perlu ibu hadapi. Betullah..setelah mendengar suara tangisan kamu, segala kesakitan yang ibu hadapi saat melahirkan kamu ke dunia , hilang begitu sahaja. Betapa indahnya menjadi seorang ibu. Mulanya ibu sangat takut menyentuh kamu, apatah lagi ketika memandikan kamu, semua itu perlukan ilmu dan panduan. Saat, kalian menjejakkan kaki ke sekolah rendah..sungguh riuh rumah kita dengan tangisan kamu yang tidak mahu mandi dan suara jerit pekik ibu yang memarahi kamu. Saat kalian ke sekolah menengah dan asrama ibu mula terasa kehilangan dan rindukan suara-suara kamu. Kini , kakak orang pertama akan meninggalkan ibu untuk ke kolej... Selamat berjuang untuk masa depan kakak...kini segala pengalaman itu menjadi guru yang terbaik buat ibu... Dan ibu akan perturunkan kepada kamu apabila sampainya waktu. Kini..ibu sangat gembira dikelilingi oleh anak-anak ibu.. Kamu ..adalah harta ibu yang tidak ternilai...kakak, ngah, su, cik, uda, utih dan busu.Semoga hidup kita dikelilingi kerahmatan dan keberkatan Aminnn...

Thursday, 2 May 2013

Masa berdua

Selepas selesai urusan bank, aku ajak suami melepak di restoran Pinang Besar, perkena roti canai dan teh tarik. Rasanya sudah lama kami tidak keluar bersama. Masaku bersama suami sangat terbatas, maklumlah kami hanya berjumpa di hujung minggu sahaja, pas tu...masing-masing sibuk nak uruskan hantar dan ambil anak-anak di asrama.