Wednesday, 29 May 2013
Anak Perempuanku
Alhamdulillah..selepas SPM yang lalu, murah rezeki kakak, 3 peluang terbentang di depan mata.
1)Temuduga guru di IPG- 13 Mei
2)Panggilan Matrikulasi-27 Mei
3)UPU-Program Diploma Pengajian Islam di UnisZa- Trengganu- 3 Jun
Aku tidak memberi sebarang tekanan kepadanya, terpulanglah kepada dia untuk membuat keputusan. Dia bermati-matian tidak mahu pergi ke Prog. Matrikulasi, jadi beri fokas kepada pilihan ke 3.
Tetapi...entah apa yang berlaku, lagi sepuluh minit pukul 11 pagi pada pada 27 Mei yang lalu, dia berkata " ibu, kakak dah nekad..kakak mesti pergi mendaftar ke Prog. Matrikulasi", boleh bayangkan bagaimana kelam-kabutnya aku pada hari itu. Mula dengan :-
1. Baru nak chek borang yang hampir sebulan diperam
2.Lengkapkan sijil-sijil
3.Ambil gambar pasport
4.Buat stem hasil
5.Cari penjamin/saksi
6.Photostat i/c, anak, ibu dan bapa -dengan keadaan papanya yang berada di KL( ku bongkar fail-fail lama, kut-kut ade i/c photostat yang lama- nasib jumpa)
7.Kemas barang-barang keperluannya
8.Bank-in RM 550/ di BSN dengan keadaan bank yang penuh sesak dengan pelajar yang berjaya ke UPU dan hari Isnin pulak tuu
9.Kereta pulak mati di tengah kesesakan jalanraya....adoooiiii (semangatku hampir hilang dan air mata sudah mula bergenang...Ya.. Allah terima kasih kerana memberiku kekuatan dan kesabaran )
Akhirnya dengan izin Allah, semuanya selamat. Anakku termasuk dalam sesi ke 3 iaitu pukul 1.00 - 4.00 petang. Dia selamat tiba dan melapor diri pada pukul 3.40 petang.
Aku pulang ke rumah dengan lemah longlai. Selepas maghrib terus terlena. Malam tuu..anak-anaku yang lain makan roti dan telor hancur. masing-masing takut nak kejut ibu..kesiannn..
"kakak jangan buat begini lagi, ibu boleh sesak napas ..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment