Monday, 29 July 2013

Anak-anakku

Hari Sabtu dan Ahad lepas, semua anakku balik ke rumah, so..banyaklah pakaian yang dicuci. Semalam selepas solat terawikh, aku selesai menguruskan semua pakaian tersebut, samada melipat atau menggantungnya di dalam almari. Masih terbayang di fikiranku bagaimana aku menguruskan pakaian anak-anakku semasa mereka masih kecil. Aku menyediakan 7 buah bakul yang besar yang masing-masing ada tuan punya. Bagi pakaian dalam dan stokin, aku sediakan sebuah rak plastik. Dengan karenah anak-anak lelaki yang ramai dan lasak, aku perlu kaedah ini. Lain orang lain caranya..kan...,yang penting aku senang menguruskan mereka pada waktu pagi.
Kini anak lelakiku sudah dewasa...masing-masing mahu cuci baju sendiri. " ibu, hanya urus bila kita orang sudah balik ke asrama". Alhamdulillah ...Syukur Ya Allah...

Tuesday, 23 July 2013

Ramadhan

Pagi tadi..sahur dengan roti dan air milo sahaja. Dua orang anakku, Ngah dan Utih memang tidak lalu nak makan pepagi.. jadi itulah sahaja resepi yang mampu aku sediakan. Tetapi selalunya, apabila suamiku balik ke rumah, nasi mesti hidangan utama..tak kira..nasi putih atau nasi goreng. Paling ringkas pun aku buatkan ayam goreng kunyit. Anakku Busu pula mampu bertahan di pusat jagaan sahaja, apabila tiba di rumah terus mahu berbuka,,dah tak makan pujuk...akhirnya aku putuskan untuk mengambil dia lewat dari pusat jagaan...Nak didik bebudak ni...macam2

Sunday, 21 July 2013

Ramadhan 2013

Bulan puasa sebenarnya bukan alasan, tapi jadual aku memang sibuk dengan urusan mengambil dan menghantar anak ke asrama. Tambahan pula..bulan puasa ni..tiap-tiap minggu dia orang balik, pas..tu hari Ahad pepagi lagi aku kena pi pasar..sediakan resepi pilihan dia orang untuk di bawa ke asrama...adoii apa nak buat. Nampaknya selepas sahur memang aku tiada peluang nak sambung tidur. Tak pe..lah demi anak-anakku, ibu sanggup berkorban