Monday, 29 July 2013
Anak-anakku
Hari Sabtu dan Ahad lepas, semua anakku balik ke rumah, so..banyaklah pakaian yang dicuci. Semalam selepas solat terawikh, aku selesai menguruskan semua pakaian tersebut, samada melipat atau menggantungnya di dalam almari.
Masih terbayang di fikiranku bagaimana aku menguruskan pakaian anak-anakku semasa mereka masih kecil. Aku menyediakan 7 buah bakul yang besar yang masing-masing ada tuan punya. Bagi pakaian dalam dan stokin, aku sediakan sebuah rak plastik. Dengan karenah anak-anak lelaki yang ramai dan lasak, aku perlu kaedah ini. Lain orang lain caranya..kan...,yang penting aku senang menguruskan mereka pada waktu pagi.
Kini anak lelakiku sudah dewasa...masing-masing mahu cuci baju sendiri. " ibu, hanya urus bila kita orang sudah balik ke asrama". Alhamdulillah ...Syukur Ya Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment