Monday, 29 April 2013
Pilihanraya
Badan rasa tidak bermaya, macam-macam terbayang.. Pasal pilihan raya ni..mudah-mudahan aman, lancar dan keputusannya seperti yang di doakan, Aminnn...
Petang Jumaat ni..penatlah sikit , kena ambil anak-anak dari asrama yang berlainan dan terus ke rumah Mek di Jengka.Pagi esoknya(Sabtu) suamiku akan bertolak dari KL dan menjemput kami. Kami akan bertolak ke Kota Bharu melalui Jerantut-Kuala Lipis. Insyaallah..kami Akan berkonvoi bersama-sama dengan kumpulan Dari KL yang lain, dalam misi menyelamatkan Kelantan..Allahuakbar
Sunday, 28 April 2013
Potret kasih (3)
Berkurun telah ku tinggalkan,
Taman cinta ,
Semua bagai mimpi,
Ku lewati lagi,
Taman cinta,
Ku gamit memori indah,
Ku petik kuntuman bunga,
Ku gubah bagai istana,
Ku sisir bait-bait madah syahdu,
Ku selit semua dalam kamar hati,
Kini..
Ku sedari,
Tiada lagi istana cinta,
Taman cintaku..
Layu tiada berbau...
Potret kasih (2)
Rindu datang lagi,
Bertandang tika kesunyian,
Indah terasa,
Bahang cinta kita,
Harum semerbak menusuk kalbu,
Mewarnai waktu ku,
Indah bagai pelangi,
Hadir hanya sementara,
Menguji rinduku,
Engkau semakin jauh,
Tinggallah aku,
Kelemasan,
Dalam kolam rindu..
pergilah sayang...
Ku titipkan doa,
Moga kau Bahagia..
Potret Kasih (1)
Bermusim ku pendam rindu, Berkurun ku bendung, Air mata dalam takungan kasih, Langkah ku atur jauh,
Mengorak berjuta langkah,
Tinggalkan cerita duka,
Semalam...
Jendela kasih terbuka lagi,
Oleh terjahan angin rindu, Memaksa tumpah lagi air jernih, Dari kolam kasih,
Deras menuruni pergunungan rindu,
Membawa bersama..
Cebisan memori kita,
Bergema ,
Suara mu memanggil namaku,
Sayangku...
jika aku tiada lagi,
andaikan angin sejuk menyapa gebu pipi mu,
itulah aku..
Kini...
dinginnya angin sejuk itu..
menyaluti seluruh tubuhku...
mungkinkah...
Kekasihku...
tenanglah engkau di sana,
Al Fatihah ku kirim,
tanda pasrah ku terima,
Andai ini takdir Nya...
Thursday, 25 April 2013
Kebunku
Inilah kebun sayur ku, ada pelbagai jenis sayur yang kebanyakkannya aku jadikan ulam bersama nasi. Aku jenis yang meratah ulam, biar tiada lauk janji mesti ada ulam. Paling ringkas pun hidangan yang ku ambil mesti ada sayur mentah seperti taugeh. Hanya anak kembar yang mewarisi sikap ku..yang lain mesti makan banyak lauk, seperti papanya, tak kisah lah..janji rezeki yang halal..Aku paling suka nasi kerabu..sebab itulah sayur kacang panjang dan daun kesum sentiasa ada di tepi pagar rumah kami yang sederhana ini, kerana inilah sayur rasmi keluarga kami apabila membuat nasi kerabu.
Wednesday, 24 April 2013
Wajah-wajah kebahagiaan
Bila malam..teringat pada anak-anak yang jauh. Antara ayat-ayat power anak-anakku.Anak sulongku sangat geli dengan makhluk yang bernama ulat. Kakak " Ibu..boleh tak suruh kakak potong sayur lain, jangan sayur yang ada daun...kakak geli ada ulattt...tolong". Anak keduaku sangat suka berkemas, pantang ada yang tak kena di mata , semua dia nak buang.Ngah " Ibu..buang ajelah buku-buku lama kat luar tu.. Buat jadi sarang tikus".Anakku yang ketiga suka bermain dengan bateri, skru dan pelbagai perkakas eletrik. Su"Ibu..barang letrik yang rosak ibu jangan buang, biar Su chek dulu..lepas tu, baru buang". Anak keempatku suka memasak, pantang ada peluang, jadi aku tak bimbang jika dia ada di rumah, pasti kenyang adik beradiknya. Chik " Ibu..nak masak Ape ari ni...? bawang , cili kering semua Chik dan mesin". Anakku yang ini lain sikit..maklumlah sekolah tahfiz. Uda " nak buat ape-ape jangan kecoh..niat kerana Allah". Anakku yang ini susah makan nasi, kena sediakan biskut, roti dan gandum. Utih " Ibu..nuget dan kentang dah abis, sok nak makan Ape?" . Anak bongsuku ini memang sangat kuat makan, pantang celik..nak menguyahje...tapi yang seronoknya dia tidak memilih..belasahh semua... Busu" Ibu..cepatlah masak nasi, adik dah lama tak makan". Semua ini menyebabkan aku tersenyum sendirian...anak-anakkk.
Tuesday, 23 April 2013
Wajah-wajah kegembiraan
Setiap malam ,sewaktu pulang dari kelas mengaji aku akan melintasi pusat gimnasium,kelihatan ramai anak-anak muda yang berurusan di situ. Semuanya berbadan tegap ."Ibu badan dia orang seperti dalam cerita Predator," kata anakku Utih. Tiba-tiba anak bongsu ku bersuara" ibu, bila adik besar..bolehtak adik datang ke sini, jaga badan". Aku kata "boleh".Bila tiba di rumah masing-masing berlari masuk ke dalam rumah. Tinggallah aku di luar rumah mengemas apa-apa yang patut.Anak bongsu ku keluar dan berkata" ibu..cepatlah masuk, adik nak makan roti dengan telur hancur ni..dah lama adik tak makan, tengok ...perut adik dah lembik" katanya sambil menekan-nekan perut gemuknya itu. "Aaikk ..kata nak jaga badan tadi" kata ku mengusik. Dia tidak mahu mengalah dan jawapannya "tuu..bila adik besar, bukan sekarang..adik kecil lagi" katanya sambil mula nak meragam...Itulah sebahagian karenah anak bongsuku yang sememangnya kuat makan. Bila aku masuk ke dapur kelihatan siap 4 biji telur di dalam mangkuk.Dia setia menemani ku sehingga hajatnya tercapai ...kesiannnnn. Anakku Utih sudah tergolek di atas sofa..penat betul...
Monday, 22 April 2013
Ustaz azhar idrus
Semalam ajak suami mengikuti ceramah UAI. Selalunya, jika nak pergi tempat yang sudah ditetapkan selalu ditukarkan di saat-saat akhir. Semalampun sama..tapi kami pergi cari juga sampai jumpa.Alhamdulillah..orang ramai sangat walaupun beratapkan langit dan berlantaikan batu dan semak.Memang UAI ada aura tersendiri..semoga ustaz sentiasa dalam perlindungan Allah dan dikurniakan nikmat kesihatan untuk terus mengajar ilmu-ilmu Allah. Antara intipatinya ialah siksa kubur, jangan sombong dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita, selalu ziarah kubur jangan hanya setahun sekali dan taatlah kepada ibubapa. Bila dengar ceramah ini rasa insaf sangat maklumlah...mata dah mula rabun, rambut banyak yang putih , badan pula asyik sakit sana sakit sini. Ya Allah , Engkau panjangkanlah usiaku dan suami untuk kami menyempurnakan segala amanah yang telah kau kurniakan kepada kami....Aminnn
Sunday, 21 April 2013
Bahasa jiwa bangsa
Semalam hati tersentuh sangat bila terbaca kata-kata ini dari seorang bekas pegawai Inggeris yang pernah bertugas di Tanah Melayu pada tahun 1935" Bahasa kamu, saya percaya diucap oleh lebih 70 juta manusia. Ia merupakan rumpun bahasa terbesar dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara lah bahasa kamu,berusahalah meninggikannya ke taraf yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu.....O.T Dusseck.(Apalah nasib bahasa kita nanti...? Aku masih teringat-ingat hingga ke hari ini...
Thursday, 18 April 2013
Pilihan raya
pada 5 Mei ni..semua maklum pilihan raya di Malaysia. Selalunya kami pakai klik ko kelate..la. Ziarah tok guru...he...he...Ape keputusannya kita kena terima kerana...semua orang sayangkan negara Malaylsia yang bertuah ini...terutama sekali
Negeri Kelantan Darul Naim
Wednesday, 17 April 2013
tanggungjawab
Sebenarnya hari ini badan seperti tidak bermaya. Semalam aku telah menghadiri suatu taklimat, yang berakhir hingga jam 5.00 petang. Selepas bersurai..kepala otakku berputar " mahu masa ape hari ini untuk anak-anak?". Tangan memusing stering kereta terus ke Mydin. Beli ayam dan isi ikan yang telah siap digoreng, cadangnya makan dengan nasi...sangat mudahhkan..Nampaknya inilah habuan anak-anakku pada malam ini.
Tiba di rumah, terus ambil anak di Pusat Jagaan. Melihat anak-anak masuk kereta , hati berkata "kesian anak-anakku".
Aku betul-betul masuk rumah ketika azan Maghrib... Adoiii, segera ke dapur tanak nasi.Kemudian mandi, solat dan uruskan makan malam. "Malam ni..ibu ambik lambat, mengaji ke?" Anakku si Zubair, yang bijak memancing ibunya. Nampaknya malam ni, dia menang sebab ibunya betul-betul penat. Aku menjawab " malam ni..cuti..lah, ibu penat sangatt, "Yeahh "dia dan abangnya menjerit serentak. Itulah gelagat anak-anak yang sangat bijak 'membaca' ibunya...
Aku teringat sebuah iklan dalam radio Sinar
Pagi -antar anak dan bertolak ke tempat kerja
Petang - Balik kerja ,ambil anak
Malam -masak makan malam untuk anak dan suami, Suami dan anak menonton dan masuk tido, aku masih di dapur berkemas pinggan mangkuk, kemas ruang tamu, lipat kain baju, gosok baju untuk besok, kadang-kadang tertido di sofa...
Esok pukul 4.00pagi...sambung lagi...rutin yang sama
tanggungjawab
Tanggungjawab ni...rasanya macam berat tapi.."Allah tidak akan menguji hambanya, jika hambanya tidak mampu menghadapinya". Setiap kali aku mengeluh, kata-kata ini akan segera terlintas diingatan..Sabarrr bebannyakkkk.
Thursday, 4 April 2013
Anak perempuan
Anak perempuan ku hanya seorang, itulah intan..itulah payung. Rindu..Pulak. Selepas spm yang lalu, aku lepaskan dia untuk membantu ibu saudaranya di plagat Jerteh, Trengganu. Inilah langkah pertama kakak untuk berdikari..."pergilah..kakak..baik-baik jaga diri". Nanti..bila penuh ilmu kehidupan di dada..call ibumu. ibu Akan menjemput kamu..sayang...
anak lelaki
Inilah barisan anak lelakiku...mudah-mudahan akan menjadi jejaka-jejaka hebat di bumi Allah ini...Dulu..aku hanya mahukan 4 orang sahaja..yea..lah, cukup untuk uruskan jenazah aku dan suami, tapi Allah maha berkuasa...aku dikurniakan Lebih Dari apa yang diminta...Alhamdulillah..Kadang-Kadang aku terfikir..mampukah aku menjadi mertua yang baik untuk barisan menantu perempuan ku nanti ?
Subscribe to:
Comments (Atom)
