Wednesday, 17 April 2013

tanggungjawab

Sebenarnya hari ini badan seperti tidak bermaya. Semalam aku telah menghadiri suatu taklimat, yang berakhir hingga jam 5.00 petang. Selepas bersurai..kepala otakku berputar " mahu masa ape hari ini untuk anak-anak?". Tangan memusing stering kereta terus ke Mydin. Beli ayam dan isi ikan yang telah siap digoreng, cadangnya makan dengan nasi...sangat mudahhkan..Nampaknya inilah habuan anak-anakku pada malam ini. Tiba di rumah, terus ambil anak di Pusat Jagaan. Melihat anak-anak masuk kereta , hati berkata "kesian anak-anakku". Aku betul-betul masuk rumah ketika azan Maghrib... Adoiii, segera ke dapur tanak nasi.Kemudian mandi, solat dan uruskan makan malam. "Malam ni..ibu ambik lambat, mengaji ke?" Anakku si Zubair, yang bijak memancing ibunya. Nampaknya malam ni, dia menang sebab ibunya betul-betul penat. Aku menjawab " malam ni..cuti..lah, ibu penat sangatt, "Yeahh "dia dan abangnya menjerit serentak. Itulah gelagat anak-anak yang sangat bijak 'membaca' ibunya... Aku teringat sebuah iklan dalam radio Sinar Pagi -antar anak dan bertolak ke tempat kerja Petang - Balik kerja ,ambil anak Malam -masak makan malam untuk anak dan suami, Suami dan anak menonton dan masuk tido, aku masih di dapur berkemas pinggan mangkuk, kemas ruang tamu, lipat kain baju, gosok baju untuk besok, kadang-kadang tertido di sofa... Esok pukul 4.00pagi...sambung lagi...rutin yang sama

No comments:

Post a Comment